Isnin, 7 Jun 2021

Drama Derita Untuk Bahagia lakonan Amar Baharin, Azar Azmi, Hafreez Adam, Dayang Areeda di Astro Prima

Drama Derita Untuk Bahagia
Saksikan drama rantaian Derita Untuk Bahagia di slot Tiara, Astro Prima bermula 7 Jun 2021, setiap hari Isnin hingga Jumaat jam 6 petang. Bersiaran 30 episod, drama ini diarahkan oleh Ejump Mohd dan terbitan MIG Productions Sdn Bhd.

Para Pelakon

Amar Baharin, Azar Azmi, Hafreez Adam, Dayang Areeda, Jasmin Hamid, Rashdan Baba, Zarina Zainuddin, Hilal Azman, Dian P.Ramlee, Haeriyanto Hassan, Marisa Yasmin, Shukry Ramlee, Aaliyah Natasha, Puteri Lofea, Riezman Khuzaimi, Aida Othman.



Watak Lakonan

Azar Azmi sebagai Alisha
Amar Baharin sebagai Danial
Hafreez Adam sebagai Raif
Dayang Areeda sebagai Intan
Marisa Yasmin sebagai Maria
Jasmin Hamid sebagai Lina
Dian P Ramlee sebagai Puan Zaiton
Riezman Khuzaimi sebagai Salleh
Haeriyanto Hassan sebagai Fauzi
Dato’ Hilal Azman sebagai Tuan Jalal
Aida Othman sebagai Suraya
Zarina Zainuddin sebagai Mak Yam
Rashdan Baba sebagai Mahad
Shukry Ramlee sebagai Zaidi
Aaliyah Natasha sebagai Ainur
Puteri Lofea sebagai Batrisyia

Lagu Tema/OST

Lagu : Bangkit Semula
Penyanyi : Khai Bahar
Lirik: Adi Pawana
Komposer: Adi Pawana & Alun Cendana

Sinopsis Drama Derita Untuk Bahagia

Alisha ialah gadis yang rajin dan yang membesar dalam keadaan yang penuh dengan cabaran, bapanya kaki pukul manakala ibunya membanting tulang membesarkannya.

Alisha bijak dan pandai berdikari untuk mencari wang. Suatu hari Alisha dikejutkan apabila sedar yang dia bukanlah anak kandung ibunya. Pergolakkan berterusan apabila Alisha cuba mahu mencari keluarga kandungnya.

Pertemuan Alisha dengan Danial dan Raif juga telah membibitkan situasi cinta tiga segi antara mereka semua, namun hubungan cinta Alisha ditentang sehingga dia menemui kebenaran.

Berjayakah Alisha menemui bahagia dan cinta selepas melalui kehidupan yang sukar, ditambah dengan masa silam keluarganya yang kini menghantuinya?