Rabu, 19 Mei 2021

Cerekarama Epilog Aku Yang Kau Gelar Isteri lakonan Adi Putra, Nadia Brian, Sharifah Sakinah di TV3

Cerekarama Epilog Aku Yang Kau Gelar Isteri
Saksikan telefilem Epilog: Aku Yang Kau Gelar Isteri sambungan dari drama bersiri sebelum ini, bersiaran pada 22 Mei 2021, Sabtu jam 10 malam di slot Cerekarama TV3

Arahan pengarah Shuhaimi Lua, skrip Syed Mohamad Taufik Syed Abdul Jalil dan terbitan produksi Tanah Beris Film Production.

Para Pelakon

Adi Putra, Nadia Brian, Atiq Azman, Sharifah Sakinah, Rita Rudaini, Aidil Aziz, Lana Nordin, Aznah Hamid, Rosli Rahman Adam, Fifi Laura, Umar Zarif, Kaza.




Sinopsis Telefilem Epilog Aku Yang Kau Gelar Isteri

Ezlan yang pandai berkata-kata menyebabkan Laila sanggup buat apa saja untuk lelaki tak guna itu. Laila pula terus di lambung angan bahawa satu hari nanti Ezlan akan mengotakan janji-janjinya.