Sabtu, 17 April 2021

Drama Kisah Rumah Tangga di Astro Ria

Drama Kisah Rumah Tangga
Tonton drama Kisah Rumah Tangga dengan 5 cerita yang berbeza bagi setiap 5 episod. Bersiaran pada 12 April 2021, setiap Isnin hingga Jumaat jam 7 malam di Astro Ria. Dan juga boleh stream online di Astro Go, On Demand dan Ultra Box.

Drama 25 episod ini merupakan terbitan syarikat produksi Radius One dan pengarah Waan Hafiz, Aziz M. Osman, Uchee Fukada.

Para Pelakon

Naqiu, Intan Najuwa, Azad Jasmin, Eira Syazira, Hannah Delisha, Shiqin Kamal, Faizal Hussein, Hafreez Adam, Yusuf Bahrin, Shaza Bae.


Backup - K02E02

Sinopsis Drama Kisah Rumah Tangga

Merungkai permasalahan rumahtangga atau isu keluarga dengan lebih memfokuskan kepada isu yang biasa berlaku dalam setiap rumahtangga contohnya masalah kewangan, cemburu, ibu mertua, karier dan pelbagai masalah lagi. Setiap masalah yang dipaparkan dari aspek permasalahan psikologi yang selalu di hadapi oleh pasangan muda.

Mencantum Cinta
Episod: 1-5
Pengarah: Aziz M. Osman
Pelakon: Naqiu Mohd, Intan Najuwa, Sheila Mambo, Asyiqin Zaed, Shah Iskandar, Kasseh Kishreena
Sinopsis : Setelah 8 tahun berkahwin, Malik dan Ameera mengambil keputusan untuk berpisah. Ameera berjanji pada anak tunggal mereka, Boolan, untuk pertimbangkan mereka bersatu semula sebelum Hari Raya Aidil Fitri.

Abah Kau Mak Kau Family Kita
Episod: 6-10
Pengarah: Waan Hafiz
Pelakon: Azad Jasmin, Eira Syazira, Cassia Iman, Hana Tiha, Sheikh Baseer
Sinopsis: Akibat masalah kewangan ketika pandemik Covid-19, Faizul membawa anak gadisnya, Effa dan Mimi, berpindah. Mereka bertemu dengan keluarga Amy bersama anaknya, Remy dan Syafeeq yang juga baru berpindah.

Azan Rumah Abah
Pengarah : Uchee Fukada
Pelakon: Faizal Hussein, Hafreez Adam, Dato Rahim Razali, Shiqin Kamal, Zarynn Min, Mak Wan.

Rindu Salah Alamat
Pelakon : Hannah Delisha, Shiqin Kamal

Ramadan Pengantin PKP
Pelakon : Yusuf Bahrin & Shaza Bae