Khamis, 25 Februari 2021

Telefilem Bukan Cerita Cinta Cliche lakonan Mimi Lana, Syafiq Kyle dan Alif Aziz

Telefilem Bukan Cerita Cinta Cliche
Saksikan telefilem Bukan Cerita Cinta Cliche arahan Faizal Nadxaman, skrip Nellhanan Mansor dan terbitan GUAM Teamwork Sdn Bhd. 

Telefilem ini telah ditayangkan pada Sabtu, 6 Februari 2021, 9 malam di Astro Citra dan boleh ditonton semula di Astro Go dan On Demand.

Para Pelakon

Mimi Lana, Syafiq Kyle, Alif Aziz, Firdaus Nadxaman, Lienda Halim, Nazzaty Rusli, Saidah Kamarudin, Sara Zulkifli, Hazeman Huzir, Eddy Effrimz



Sinopsis Telefilem Bukan Cerita Cinta Cliche

Mengisahkan Emmel seorang penulis prolifik yang khusus menulis kisah-kisah cinta. Skrip tulisan Emmel mendapat sambutan hangat daripada penonton mahupun penerbit. Ironinya, dalam kehidupan realiti, Emmel tidak mempunyai kehidupan cinta.

Dia sudah 10 tahun hidup solo sehingga hampir terlupa bagaimana rasanya memiliki pasangan atau komitmen perhubungan.

Statusnya itu membuatkan Emmel sering diperli rakan sepejabat yang melabelkan dirinya seorang wanita yang kuat berangan kerana banyak menulis kisah cinta tapi diri sendiri tidak bercinta.