Sabtu, 26 Jun 2021

Telefilem 44 Hari Bangkitnya Pocong lakonan Ellie Suriaty dan Kody Rasheed

Telefilem 44 Hari Bangkitnya Pocong
Saksikan telefilem 44 Hari Bangkitnya Pocong yang ditayangkan di Astro Citra. Terbitan Heritage Movies Sdn Bhd, skrip Srikandi Emma & Sri Dewi dan arahan Syawal Azrai. Ditayangkan pada 30 Januari 2021, jam 9 malam.

Para Pelakon

Ellie Suriaty, Kody Rasheed, Riezman Khuzaimi, Anne Abdullah, Raja Syahiran.




Sinopsis 44 Hari Bangkitnya Pocong

Selepas kematian Maimun, beberapa kejadian aneh telah berlaku dan seluruh penduduk kampung di ganggu oleh pocong. Maimon (Elly Suriatie) yang meninggal secara mengejut mula menjadi bualan orang kampung kerana sikapnya selama ini sememangnya kurang di senangi.

Jenazah Maimon terpaksa dikebumikan pada keesokan kerana menunggu anaknya Aizat (Kodi Rasheed) pulang dari Singapura. Namun, tanpa diduga seekor kucing hitam melangkah mayat Maimon lalu jenazah maimon bangun menyebabkan seluruh penduduk kampung melarikan diri.

Pada malam tahlil yang pertama penduduk mula di serang dengan gangguan ketukan pintu dan penampakan pocong. Suami maimon Anjang Kamal (Riezman Khuzaimi) mula di datangi hantu Pocong Maimon yang meminta maaf.

Aizat yang sayangkan ibunya menghadapi dilema dalam menghadapi kecaman namun dalam masa sama cuba merungkai punca Pocong Maimon mula menghantui orang orang kampung. Satu persatu perbuatan terkutuk maimon terungkai termasuklah perbuatan Maimon yang memberikan nasi kangkang kepada Anjang Kamal menjadikan Aizat semakin tertekan.

Mampukah Aizat menghentikan hantu Pocong Maimon dari terus menghantui orang kampung?