Saksikan drama adaptasi novel Rindu Awak Separuh Nyawa karya Siti
Rosmizah yang akan ditayangkan di slot MegaDrama Astro Ria bermula 23 Mac 2021.
Drama bersiri 40 episod ini diarahkan oleh Jamal Khan dan Along Kamaludin,
terbitan SR One Sdn Bhd.
Para Pelakon
Shukri Yahaya, Uqasha Senrose, Fizo Omar, Marsha Milan, Khairil Anwar Aman,
Aida Khalida, Noorkhiriah, Balkisyh Semundur Khan, Ikhlas Jalil, Norreen Iman,
Fiza Thomas, Munira Iwan, Fauzi Nawawi, Aleza Shadan, Farouk Hussain, Farez
Ridzwan, Fareez Fauzi, Silfeny Osman, Puteri Rafasya.
Promo Episod Terbaru
Watak Lakonan
Shukri Yahaya sebagai Nazril Nazim
Uqasha Senrose sebagai Kasih Maisara
Fizo Omar sebagai Aidil
Marsha Milan sebagai Nurul Huda
Khairil Anwar Aman sebagai Datuk Raqib
Aida Khalida sebagai Puan Norida
Ikhlas Jalil sebagai Izudin
Norreen Iman sebagai Qistina
Fiza Thomas sebagai Sally
Fauzi Nawawi sebagai Kasim
Aleza Shadan sebagai Esah
Uqasha Senrose sebagai Kasih Maisara
Fizo Omar sebagai Aidil
Marsha Milan sebagai Nurul Huda
Khairil Anwar Aman sebagai Datuk Raqib
Aida Khalida sebagai Puan Norida
Ikhlas Jalil sebagai Izudin
Norreen Iman sebagai Qistina
Fiza Thomas sebagai Sally
Fauzi Nawawi sebagai Kasim
Aleza Shadan sebagai Esah
Sinopsis Rindu Awak Separuh Nyawa
Mengisahkan anak tunggal dalam keluarga berada, iaitu Kasih Maisara yang
memiliki sikap angkuh dan sombong serta berdendam dengan ayahnya, Datuk Raqib
atas kematian ibunya sehingga menjadikan anak rakan baik orang tuanya, Aidil,
sebagai kambing hitam untuk melepaskan dendamnya.
Maisara berpura-pura menyukai Aidil tetapi apabila tiba majlis pertunangan,
gadis itu membatalkannya sehingga mengecewakan lelaki berkenaan. Namun, Aidil
yang kecewa masih menyimpan perasaan demi kasihnya berkenaan.
Pada masa sama, Qistina satu-satunya kawan yang bertahan dengan Maisara,
mengambil kesempatan di atas kekayaan itu untuk kepentingan diri tetapi
pertemuan tanpa diduga dengan Nazril Nazim, membuka tirai baharu dalam hidup.
Nazril Nazim mendapat jolokan 'Pak Ustaz' atas sifat budiman dan pemalu itu,
mengalami insiden yang menemukannya dengan Maisara hingga mencetuskan perang
mulut, lalu mencabar keegoan gadis berkenaan.
Insiden itu membawa kepada peristiwa dramatik apabila Maisara dicabar oleh
musuhnya, Salina bersama rakan-rakannya untuk memikat dan mengahwini Nazril
Nazim.
Lantas segala usaha memikat diatur. Namun semuanya tidak mampu menawan hati
Nazril. Kemuncaknya, Kasih Maisara menyelamatkan Nazril Nazim dari dilanggar
dan dia mengalami kecelakaan.