Rabu, 9 Disember 2020

Drama Melastik Ke Hatimu lakonan Janna Nick dan Andi Bernadee di Lestary TV3

Drama Melastik Ke Hatimu
Tonton drama adaptasi novel Melastik Ke Hatimu karya Aqma Dee di slot Lestary TV3. Drama romantik komedi 13 episod ini diarahkan oleh Azmi Hatta dan team produksi OrangeTree Production Sdn Bhd.

Para Pelakon

Janna Nick, Andi Bernadee, Azrel Ismail, Puteri Sarah Liyana, Wani Keyrie, Norman Hakim, Ahmad Ezzrin Loy, Azizah Mahzan, Ridzuan Hashim, Dato Jalaluddin Hassan, Idzham Ismail, Cassia Iman, Noniswara, Afifah Nasir.


Watak Lakonan

Janna Nick sebagai Haura Annisa
Andi Bernadee sebagai Ziyyad
Norman Hakim sebagai Jeffry
Wani Kayrie sebagai Fatin
Puteri Sarah Liyana sebagai Faida

Sinopsis Melastik Ke Hatimu

Mengisahkan Haura, seorang gadis kilang yang kononnya 'gangster' tapi hidupnya dikawal oleh ibunya yang mahukan menantu kaya. Haura bercinta dengan Naim tetapi hubungan mereka ditentang kerana Naim hanyalah seorang posmen.

Haura terpaksa akur apabila dijodohkan dengan Ziyyad, seorang tauke kilang di tempat dia dan kakaknya Faida bekerja. Ziyyad digelar 'kayu cengal' oleh pekerja kilang kerana sikapnya yang tak endahkan orang rupanya menyimpan perasaan pada Haura dalam diam. Mereka terikat dalam perkahwinan.

Ziyyad cuba memikat hati Haura dan Haura pula mencari jalan supaya Ziyyad menceraikannya kerana cintanya hanya untuk Naim. Ziyyad disenangi oleh ayah Haura yang terkena serangan strok dan kebaikan Ziyyad akhirnya berjaya membuahkan rasa cinta di hati Haura untuk suami.

Sedang mereka melakar bahagia, musibah melanda Ziyyad. Keluarga Ziyyad diisytihar muflis dan terbongkar suatu rahsia yang selama ini tersimpan kemas. Keadaan itu menyebabkan emak Haura memaksa Ziyyad melepaskan Haura.