Selasa, 17 November 2020

Telefilem Please Subscribe Cintaku lakonan Jasmine Suraya dan Sufian Suhaimi

Telefilem Please Subscribe Cintaku
Saksikan telefilem Please Subscribe Cintaku lakonan Jasmine Suraya dan Sufian Suhaimi pada 21 November 2020 ini, jam 9 malam di Astro Citra. Juga boleh streaming di Astro GO dan tonton semula di Video On Demand.

Idea asal Jasmine Suraya, skrip Mamu Vies, Nadia Khan, pengarah Mark Lee dan terbitan Jazzy Pictures.

Para Pelakon

Jasmine Suraya, Sufian Suhaimi, Alvin Wong, Fazreen Fazera, Erry Putra, Sherry Aljeffri, Fiza Thomas dan ramai lagi.



Sinopsis Please Subscribe Cintaku

Hannah seorang personaliti media social yang popular telah menjadi saksi kes pembunuhan apabila terakam satu peristiwa pembunuhan ketika melakukan ig live disebuah kawasan berhantu. Diburu oleh kumpulan penjenayah itu Hannah disembunyikan di kampung Fendi atas permintaan sepupunya sorang pegawai polis.

Percanggahan perwatakan mereka menimbulkan pelbagai masalah sehingga suatu hari lokasi Hannah disembunyikan telah dimuat naik secara tidak sengaja di social media Fendi dan mereka kini dijejaki.