Selasa, 10 November 2020

Telefilem Line Puaka lakonan Diana Danielle dan Johan As'ari

Telefilem Line Puaka
Citra Eksklusif minggu ini menayangkan telefilem seram bertajuk Line Puaka dibintangi Diana Danielle dan Johan As'ari. Bersiaran 14 November 2020, Sabtu jam 9 malam di Astro Ria.

Terbitan syarikat Suar Channel Sdn Bhd, idea asal Aidil Rahimi, Panel Skrip Suar Channel, skrip Mike Alias dan diarahkan oleh Rahim Zali.

Para Pelakon

Diana Danielle, Johan As'ari, Kodi Rasheed, Laila Nasir, Hasmira,



Sinopsis Line Puaka

Ikatan pertunangan Idham dan Watie terganggu apabila Idham mula berlaku curang dengan seorang gadis yang di kenalinya di laman sosial.

Obses terhadap Maya membuatkan Idham benar-benar berusaha untuk mencarinya namun setelah diberikan lokasi Idham tiba di sebuah tanah perkuburan.