Isnin, 5 Oktober 2020

Telefilem Janji Jantan lakonan Fikry Ibrahim dan Marsha Milan

Telefilem Janji Jantan

Astro Citra pada Sabtu ini menyiarkan telefilem seram bertajuk Janji Jantan. Ditayangkan pada 10 Oktober 2020, jam 9 malam. Telefilem ini diarahan oleh Megat Fauzi Isa dan merupakan terbitan Kus Semangat Aktros Sdn Bhd.

Para Pelakon

Fikry Ibrahim, Marsha Milan, Hariry Jalil, Mior Hashim Manap, Fauzuly Hamdan dan ramai lagi



Sinopsis Telefilem Janji Jantan

Kisah misteri seorang lelaki bernama Jantan yang meninggal dunia dan jenazahnya tidak mampu di angkat untuk dikebumikan.

Mengisahkan perjanjian yang pernah dilakukan oleh Jantan yang membawa padah pada orang sekelilingnya. Berkali-kali mati namun hidup kembali. Isteri dan adiknya cuba merungkai masalah yang berlaku namun mereka pula yang bakal menjadi mangsa.

Apakah sebenarnya yang berlaku di sebalik kejadian tersebut? Ikuti kesudahannya pada Sabtu ini.

Gambar Pelakon