Isnin, 5 Oktober 2020

Drama Tercipta Satu Ikatan lakonan Aeril Zafrel dan Hannah Delisha

Drama Tercipta Satu Ikatan

Saksikan drama Tercipta Satu Ikatan adaptasi dari novel karya Laydee Amarfi yang ditayangkan di slot MegaDrama Astro Ria, Isnin hingga Khamis jam 10 malam.

Bersiaran selama 20 episod, drama ini diarahkan oleh Pali Yahya, skrip Syed Mohamad Taufik dan terbitan produksi Suhan Movies & Trading Sdn Bhd.

Para Pelakon

Aeril Zafrel, Hannah Delisha, Sophia Barakbah, Izzue Islam, Fyda, Nadhir Nasar, Nadiyah Shahab, Esma Daniel.


Watak Lakonan

Aeril Zafrel sebagai Daniyal Hannah Delisha sebagai Leanna Sophia Barakbah sebagai Risa Nadhir Nasar sebagai Sirhan Fyda sebagai Qish

Lagu Tema / OST

Adira - Kesempatan Bagimu

Sinopsis Drama Tercipta Satu Ikatan

Kematian Jeffery telah membongkar satu persatu hal yang sebelum ini tidak pernah diketahui oleh Leanna tentang bapanya. Hubungan perkahwinan yang sudah lama dibina bersama Daniyal juga tiba-tiba menjadi mangsa curiga.

Kenapa you kahwin dengan I? - Leanna

Tetapi bila persoalan itu sudah terjawab, hati Leanna tetap tidak sepenuhnya dapat menerima. Masih ada perkara yang tergantung tidak selesai. Layanan Daniyal yang lebih baik dari sebelumnya juga sesekali menimbulkan rasa pelik di hati. Mengapa sikap suaminya berubah?

Because I love you - Daniyal

Walaupun berulang kali menyebut cinta, Daniyal tahu semua itu tidak akan selamanya mampu menutup rahsia yang sudah bertahun disimpan di dalam kamus hidupnya. Kepulangan Risa dalam keadaan dia sedang berusaha membina bahagia menegangkan semula keadaan. Wanita itu tidak akan berhenti mengejar selagi apa yang diinginkan tidak tercapai.

Lepas you dah sayangkan dia, you terus lupa pada I! Lupa pada sebab asal kita mulakan semua ni! - Risa.

Don't do this, Risa. I don't want to fight with my own sister. - Daniyal

Adakah cinta Daniyal memang benar telus lahir dari hati? Atau sebenarnya kerana ada rasa bersalah yang sedang menggunung tinggi? Leanna pula sekali lagi tersepit di dalam dilema. Antara percayakan suami yang dicinta, atau terus mempertahankan bapa yang sudah tiada.

Apa yang berlaku semuanya tidak pernah melibatkan Leanna. Tapi kenapa di akhirnya dia juga yang terpaksa menanggung semua sengsara?

Gambar Pelakon