Jumaat, 16 Oktober 2020

Drama Hati Yang Tersakiti lakonan Remy Ishak, Nad Zainal dan Mimi Lana

Drama Hati Yang Tersakiti

Tonton drama Hati Yang Tersakiti, terbaru di slot Samarinda TV3 yang mula bersiaran pada 15 Oktober 2020, setiap Isnin hingga Khamis jam 10 malam.

Bersiaran 15 episod, drama ini diarahkan oleh Feriz Kader, skrip Azril Hamzah dan terbitan Art Ornament Sdn Bhd.

Para Pelakon Remy Ishak, Nad Zainal, Mimi Lana, Riz Amin, Husna Mustaffa, Meor Mohd, Fad Anuar, Ainina Ahmad, Rahim Jailani, Sharifah Anthash



Dload

Watak Lakonan

Remy Ishak sebagai Haris
Nad Zainal sebagai Mona
Mimi Lana sebagai Farah Azira
Riz Amin sebagai Adrian
Husna Mustaffa sebagai Nina
Meor Mohd sebagai Ihsan
Fad Anuar sebagai Latif
Ainina Ahmad sebagai Puan Aminah

Sinopsis Drama Hati Yang Tersakiti

Mengisahkan Mona dan Farah yang berkawan baik sejak mereka belajar di kolej. Selepas beberapa tahun, mereka berdua bertemu kembali. Mona kini hidup bahagia dengan suaminya, Haris walaupun belum dikurniakan cahaya mata. Namun, rumah tangga yang dibina berdasarkan kepercayaan mulai tergugat. Mampukah ia diselamatkan dan persahabatan yang terjalin lama dimuliakan? Atau bakal ada hati yang tersakiti ?

Haris (Remy Ishak) dahulunya seorang penghantar surat. Berkat usahanya, dia kini berjaya menjadi seorang usahawan maklumat teknologi (IT). Mona (Nad Zainal) pula seorang lepasan kolej yang bekerja sebagai perunding majlis.

Pertemuan pertama Haris dan Mona di kolej membibitkan cinta tetapi Farah (Mimi Lana) rasa Haris tidak layak dan tidak setaraf dengan Mona yang berpelajaran tinggi. Farah pernah memperkenalkan Mona kepada anak Datuk malahan dia sendiri memilih anak kepada seorang Tan Sri sebagai suaminya.

Farah tidak menjemput Mona ke majlis perkahwinannya. Dia juga tidak hadir ke majlis perkahwinan Mona dengan alasan bekerja. Selepas berkahwin dengan Adrian (Riz Amin), Farah sudah tidak menghubungi Mona. Masing-masing telah membawa haluan sendiri dan tidak bertanya khabar berita.

Kini, perkahwinan Haris dan Mona sudah masuk 5 tahun dan dipenuhi dengan kasih sayang dan kebahagiaan. Haris tidak pernah melalaikan tanggungjawab sebagai seorang suami cuma mereka belum berpeluang mendapatkan cahaya mata sebagai pelengkap perkahwinan. Farah pula menjadi seorang model terkenal dan masih tidak mempunyai anak, malah dia sekarang di dalam proses penceraian.

Mona dan Farah bertemu kembali. Selepas mengetahui keadaan Farah yang belum mendapatkan tempat tinggal kerana krisis rumah tangga, Mona mempelawa kawan baiknya untuk tinggal di rumahnya buat sementara waktu. Haris tidak senang dengan kehadiran Farah kerana ia akan mengganggu privasi mereka dan mula tetapkan syarat kepada Farah.

Akhirnya, Haris akur kerana Mona rasa kasihan dan mahu membantu sahabatnya. Farah berterima kasih dengan keprihatinan yang diberikan kepadanya. Lama-kelamaan, dalam diam Farah mulai mencemburui kesempurnaan yang dirasai dalam rumah tangga Mona dan makin lama dia juga ingin memilikinya.

Gambar Pelakon