Rabu, 21 Oktober 2020

Drama Angkara Cinta lakonan Wanna Ali, Hun Haqeem dan Meerqeen

Drama Angkara Cinta
Tonton drama Angkara Cinta yang mula ditayangkan pada 2 November 2020, Isnin hingga Jumaat jam 6 petang di Astro Prima.

Drama 70 episod ini diarahkan oleh Hadith Omar dan terbitan Juita Viden Media Group. Skrip nukilan bersama Amor Rizan, Rehal Nuharis, Dayang Kartinah Said dan Akmal Nahar.

Para Pelakon

Hun Haqeem, Meerqeen, Wanna Ali, Syazwan Zulkifly, Yuna Rahim, Nina Juren, Sharifah Shahora, Azhar Amir, Roy Azman, Normah Damanhuri, Lydia Saimon, Ku Faridah, Hamidah Wahab, Alif Hadi, Alif Muhaimin, Nasz Sally, Faha azhar.


Video Teaser Terbaru

Backup

Lagu Tema / OST

Angakara - Siti Nordiana


Sinopsis Drama Angkara Cinta

Menceritakan tentang dua susuk yang kebetulan berkongsi nama yang sama iaitu Luqmanul Haqeem bin Razlan. Luqman dan Haqeem membesar dalam keadaan latar belakang keluarga yang sangat berbeza. Seorang dilimpahi kemewahan manakala seorang lagi dihimpit kemiskinan.

Setelah dewasa, ditakdirkan mereka berdua menjadi sahabat baik dan masuk ke Akademi Polis bersama-sama. Mereka berkongsi segalanya bersama, melakukan aktiviti dan rutin susah-senang berdua, tanpa mengetahui hakikat sebenar mereka rupanya adalah adik-beradik berkongsi bapa yang sama.

Mariani (ibu Haqeem) dan Razlan bernikah di sempadan dan Razlan melarikan diri ketik Mariani mengandungkan Haqeem. Razlan rupanya berkahwin dengan Indah dan mendapat anak, Luqman. Razlan dilarang oleh ibunya untuk kembali kepada Mariani dan membuat cerita yang Mariani sudah keguguran.

Akhirnya, setelah beberapa insiden berlaku, kisah benar akhirnya terbongkar bahawa Luqman dan Haqeem rupa-rupanya adik-beradik satu bapa. Sejak itu, hubungan mereka mulai dingin dan pelbagai konflik mula tercetus. Apatah lagi, Indah tidak selesa dengan kehadiran Mariani dalam hidup mereka.

Ditambah dengan dilema cinta yang dihadapi antara Luqman dan Haqeem yang kebetulan mencintai gadis yang sama iaitu, Adira. Bagaimana nasib Mariani dan Haqeem seterusnya? Adakah Razlan akan menebus kesilapan dan kekesalannya melepaskan tanggungjawab terhadap mereka dahulu?

Apakah Indah akan berdiam diri? Tidak mungkin dia akan membenarkan Razlan membawa Mariani ke dalam hidup mereka. Apatah lagi, ia melibatkan harta kekayaan mereka yang mungkin akan turut dinikmati Mariani dan Haqeem kelak. Bagaimana Adira mahu memilih cinta hatinya? Antara Luqman dan Hakeem, siapa yang berjaya memiliki Adira?

Gambar Pelakon