Jumaat, 9 Oktober 2020

Cerekarama Rahsia Malam Jumaat lakonan Janna Nick, Elfira Loy dan Azlee Khairee

Cerekarama Rahsia Malam Jumaat
Sabtu ini Cerekarama TV3 membawakan telefilem Rahsia Malam Jumaat lakonan Azlee Khairee, Janna Nick dan Elfira Loy. Ditayangkan pada 10 Oktober 2020, jam 9 malam, telefilem ini diarahan Kyoll Hamzah dan terbitan OrangeTree Production Sdn Bhd.

Para Pelakon

Azlee Khairee, Janna Nick, Elfira Loy, Zila Bakarin, Danish Hazriq dan ramai lagi.



Sinopsis Cerekarama Rahsia Malam Jumaat

Hana dan Nani balik kampung melawat ibu dan adik. Ketika itu, heboh tentang isu pembunuh bersiri. Suatu malam, ketika pulang dari tengok konsert, mereka ternampak tangan terkapai-kapai dari sebuah lubang di tepi jalan.