Isnin, 10 Ogos 2020

Drama Perempuan Tanpa Dosa lakonan Kamal Adli dan Uqasha Senrose

Drama Perempuan Tanpa Dosa

Tonton drama Perempuan Tanpa Dosa adaptasi novel karya Fatinilam Sari Ahmad, lakonan Kamal Adli dan Uqasha Senrose yang dijangka ditayangkan pada Oktober nanti. Drama ini akan disiarkan di slot MegaDrama Astro Ria.

Bersiaran selama 28 episod, drama ini terbitan produksi Juita Viden Sdn Bhd dan diarahkan oleh Michael Ang.

Para Pelakon

Kamal Adli, Uqasha Senrose, Uyaina Arshad, Hilal Azman, Yusof Yusuf Bahrin, Zac Zaky, Susan Manen, Shaza Bae.


Watak Lakonan

Kamal Adli sebagai Rizal
Uqasha Senrose sebagai Lily
Uyaina Arshad sebagai Usu Sakinah
Yusuf Bahrin sebagai Rahman
Hilal Azman sebagai Datuk Majid
Shaza Bae sebagai Yaya
Zac Zaky sebagai Eddie

Sinopsis Perempuan Tanpa Dosa

Demi maruah, Datuk Majid terpaksa mengahwinkan anak tunggalnya, Lily dengan Rizal dan Rizal hanya akan melepaskan Lily sebaik saja Lily selamat melahirkan anak yang dikandungnya. Sebagai imbuhan, Rizal meminta sejumlah wang dan dengan wang tersebut dia membina hidup di kampung halamannya.

Saat perasaan sayang dan kasih Lily pada Rizal mula bercambah, Eddie datang semula untuk merebut kasih Lily dan juga anak di dalam kandungan. Walaupun pada mula, Lily tekad memilih untuk terus bersama Rizal tetapi perasaannya menjadi berbelah bagi tatkala dia mengetahui akan hubungan Rizal dengan Usu Sakinah. Lalu dia pergi membawa diri dan anaknya pulang ke Kuala Lumpur. Menyedari keadaan Lily dan Rizal, Usu Sakinah telah menguburkan harapannya terhadap Rizal lalu merima pinangan Rahman.

Tika ketiadaan Lily, Rizal benar-benar merasa kehilangan dan kerinduan dan menyedari bahawa dia telah mula menyayangi Lily dan cuba memujuk Lily kembali ke pangkuannya. Berjayakah Rizal?

Gambar Pelakon