Sabtu, 22 Ogos 2020

Cerekarama Luluh lakonan Aeril Zafrel, Izzue Islam, Ummi Nazeera dan Nad Zainal

Cerekarama Luluh TV3

Sempena menyambut tahun baru Hijrah, TV3 membawakan Cerekarama Luluh yang akan disiarkan pada Sabtu ini, 22 Ogos 2020 jam 10 malam. Arahan pengarah drama popular Pali Yahya, skrip Ayuni Zamani dan terbitan produksi PnD Pictures.

Para Pelakon

Aeril Zafrel, Izzue Islam, Ummi Nazeera, Nad Zainal, Haeriyanto Hassan, Fadilah Mansor dan ramai lagi.



Sinopsis Telefilem Luluh

Mengisahkan Farhan yang berada di tahun 2 pengajian di universiti balik ke kampung. Semasa cuti semester tersebut, Farhan ditunangkan dengan Khairina, jiran dan juga 'girlfriend' nya sejak di sekolah menengah lagi.

Namun seminggu selepas majlis pertunangan mereka, Husin, ayah Farhan meninggal dunia semasa pulang dari laut.

Memandangkan Husin adalah yang selama ini bertanggunjawab menyara keluarga, Farhan ambil keputusan untuk berhenti belajar demi untuk menjaga ibu dan memberi laluan pada adiknya, Syakir untuk memulakan pengajian di Universiti.

Gambar Pelakon