Jumaat, 12 Jun 2020

Cerekarama Syawal Mencari Cinta lakonan Iedil Putra dan Nadiya Nisaa

Cerekarama Syawal Mencari Cinta


Cerekaram minggu ini membawakan ulangsiar telefilem bertajuk Syawal Mencari Cinta. Ditayangkan pada Sabtu, 13 Jun jam 9 malam di TV3. 

Idea asal, Faliq Sharif dan Megat Shahrizal. Penulis skrip Hadi Mohd Nor. Pengarah Megat Sharizal dan team produksi Playground Productions & Hyper Pictures.


Para Pelakon

Iedil Putra (Syawal), Nadiya Nisaa (Erra), Ungku Hariz (Hadi), Fauzuly Hamdan (Pedot), Sabrina Hassan (Anis), Budi Citawan (Mila), Daiyan Trisha (Tasha)


Sinopsis Syawal Mencari Cinta

Pada pagi Raya, Syawal melepak bersama rakannya dan mereka tidak menunaikan solat sunat Hari Raya. Setelah selesai solat sunat Hari Raya, dia ternampak seorang gadis yang tidak pernah dilihatnya di kampung sebelum ini. 

Syawal terus berkesimpulan bahawa dia telah menemui cinta sejati. Dia telah mengunjung setiap rumah di kampung untuk menjejaki gadis tersebut. Selepas sekian lama mencari tanpa membuahkan hasil, Syawal terus mengumumkan kepada seluruh kampung bahawa dia akan melaksanakan rumah terbuka untuk hari raya dan semua orang dijemput hadir ke rumahnya. 

Namun demikian, setelah selesai rumah terbukanya, gadis yang dicari-cari Syawal masih tidak kelihatan. Dia kecewa lalu berputus asa. Tanpa sedar, gadis yang dijejaki selama ini adalah Cinta, sepupunya sendiri.

Gambar Pelakon

Pelakon Syawal Mencari Cinta