Rabu, 1 April 2020

Telefilem Badi Selendang Merah lakonan Sharifah Sakinah dan Nazim Othman

Sabtu ini Citra Eksklusif membawakan telefilem seram bertajuk Badi Selendang Merah lakonan Sharifah Sakinah dan Nazim Othman. Tayangan pada 4 April 2020, jam 9 malam di Astro Citra dan boleh tonton live streaming di Astro GO.

Terbitan produksi Suar Channel, idea asal Team Suar, Skrip nukilan Mike Alias dan diarahkan oleh Rahim Zali.

Telefilem Badi Selendang Merah

Para Pelakon

Sharifah Sakinah, Nazim Othman, Salina Saibi dan ramai lagi.



Sinopsis Badi Selendang Merah

Setelah gagal dalam perniagaan, Helmi membawa isterinya, Fatin pulang ke kampung untuk tinggal di sana. Fatin kini berbadan dua dan hanya menunggu masa untuk kelahiran.

Dalam perjalanan pulang, mereka menyaksikan sebuah kemalangan jalan raya yang meragut nyawa seorang wanita berselendang merah. Kejadian tersebut menghantui Helmi dan mula membongkar rahsia-rahsia gelap yang disembunyikan.

Gambar Pelakon