Ahad, 12 April 2020

Telefilem Anak Busut lakonan Yusuf Bahrin dan Azar Azmi

Astro Citra akan menayangkan telefilem berjudul Anak Busut pada Sabtu, 18 April 2020, jam 9 malam. Diarahkan oleh Azmir Afandi dan skrip ciptaan Ashik Afendy.

Telefilem ini juga boleh ditonton secara live streaming di Astro GO dan On Demand.

Telefilem Anak Busut

Para Pelakon

Yusuf Bahrin, Azar Azmi, Wan Hanafi Su.



Sinopsis Telefilem Anak Busut

Seorang anak muda yang bekerja di bandar telah mengalami mimpi ngeri tentang datuk dan neneknya di kampung. Setelah itu dia pun pulang ke kampung dan berjumpa dengan mereka.

Semasa di kampung dia asyik diganggu dengan benda halus dan tingkah laku datuk dan neneknya tidak seperti dulu.

Apakah yang sebenarnya terjadi? Nantikan kesudahn telefilem Anak Busut pada Sabtu ini di Astro Citra.