Rabu, 18 Mac 2020

Telefilem Satu Kampung Dua Orang lakonan Eman Manan dan Sabri Yunus

Sabtu ini Astro Citra membawakan telefilem bertajuk Satu Kampung Dua Orang. Bersiaran pada 21 Mac 2020, jam 9 malam. Terbitan produksi Heritage Movies dan arahan pengarah Sabri Yunus.

Telefilem Satu Kampung Dua Orang

Para Pelakon

Eman Manan, Sabri Yunus, Aedy Ashraff, Aman Ashraff, Saidi Sabri, Fatin Farhana.



Sinopsis Satu Kampung Dua Orang

Tahun 1977, sebuah banjir besar menenggelamkan sebuah perkampungan di tepi sungai Pahang, menyebabkan semua penduduk kampung tersebut diarahkan berpindah ke kampung lain.

Pun begitu, Buyung yang baru saja kematian isteri enggan berpindah dari situ lalu adiknya, Juang mengambil keputusan untuk menemani Buyung. Tinggal lah cuma mereka berdua di kampung tersebut selama 40 tahun.

Suatu hari, rumah mereka didatangi Bidin, seorang pemuda yang melarikan diri ke kampung mereka setelah melakukan sebuah kesalahan berat.

Kedatangan Bidin telah membuka rahsia di antara Buyung dan Juang yang melibatkan insiden kematian arwah isteri Buyung, Milah, beberapa dekad lalu.

Telefilem Satu Kampung Dua Orang