Rabu, 11 Mac 2020

Drama Pink Smile lakonan Fattah Amin dan Sweet Qismina

Tonton drama adaptasi novel karya Luna Adresia berjudul Pink Smile lakonan Fattah Amin dan Sweet Qismina yang akan ditayangkan pada bulan Ramadan nanti. Bersiaran 20 episod setiap Rabu hingga Jumaat jam 9 malam.

Terbitan Creative Skill Solution Sdn Bhd, skrip Ayuni Zamani dan pengarah Hazreen Hakim.


Para Pelakon

Fattah Amin, Sweet Qismina, Syafi Tee, Afifah Nasir, Intan Najuwa, Natasya Mahyan, Esma Daniel, Noniswara, Iswan Ismail, Farhan Asri, Izzat Mushtaq.


Sinopsis Drama Pink Smile

Mengenai kisah si Luna yang selalu singgah di Duncan Coffee House kerana meminati Kaz, pemilik kedai tersebut.

Luna - Si pencinta tegar tapi hanya mampu tengok dari jauh aje setiap kali dia ke Duncan CoffeeHouse. Kaz merupakan aura beku yang mampu mencairkannya dalam lima saat. Tiap kali berada dekat dengan Kaz, Luna kena panick attack. Pengsan tak sedar dunia apabila ‘dunia’ impiannya berada dekat dengannya.

Kaz - Kehadiran Luna menjadi pencetus ilham untuk menu terbaru Duncan CoffeeHouse. Luna, perempuan comel dengan braces merah jambu! Tanpa sedar si pencetus ilham turut mencetus fenomena luar biasa dalam hati. Tapi mengapa Luna pula cuba main tarik tali?

Akif - Berdiri atas nama seorang sahabat, tetapi tidak pernah ada untuk Luna kerana sering menidakkan perasaan aneh sejak dari bangku sekolah menengah menyebabkannya sering menghilangkan diri. Setelah mengenal pasti rasa yang ada, dia nekad kembali untuk mendapatkan Luna. Dan takdir membawanya ke Duncan CoffeeHouse, di mana Luna sering datang menjenguk cinta.

Dapatkah Akif merebut kembali cintanya yang telah lama ditinggalkan? Bagaimana pula keputusan Luna? Siapa pilihan Luna? Sama ada kisah semalam atau cinta impiannya? Duncan CoffeeHouse menyatukan kembali mereka semua, merungkai semua persoalan yang membelenggu mereka bertiga.

Gambar Pelakon