Sabtu, 21 Mac 2020

Drama Bicara Cinta lakonan Emma Maembong dan Adi Putra

Tonton drama adaptasi dari novel karya Missa J bertajul Bicara Cinta yang akan ditayangkan pada 2 April ini di slot Akasia TV3.

Bersiaran selama 16 episod pada setiap hari Isnin hingga Jumaat jam 7 malam. Terbitan Primeworks Studios dan diarahkan oleh Along Kamaludin.

Drama Bicara Cinta

Para Pelakon

Emma Maembong, Adi Putra, Azrel Ismail, Balkisyh Semundur Khan, Syed Aiman, Beego, Khalida Balqis, Eizlan Yusof, Khaty Azian


Sinopsis Drama Bicara Cinta

Kisah Anis Sofea yang kehilangan kedua ibu bapanya dalam satu kemalangan jalan raya. Penjaganya, Tok Ali dan Nenek Humairah, memujuk Anis untuk berkahwin dengan Adee kerana ingin memastikan kehidupan Anis terjaga.

Awalnya, sukar untuk Anis dan Adee hidup bersama apatah lagi dengan perbezaan umur hampir 20 tahun di antara mereka. Namun, bibit cinta dan kasih sayang mula dirasai.

Pada suatu hari, Adee tidak pulang dari hutan. Anis sekali lagi diuji dengan kehilangan orang tersayang. Biapun sukar untuk berdepan dugaan yang dihadapi, Anis harus tabah kerana kini dia perlu memikirkan masa depan anak mereka, Hanim.

Gambar Pelakon