Isnin, 2 Mac 2020

Drama Alergi Mamat Romantik lakonan Zara Zya dan Fadlan Hazim

Tonton drama rantaian adaptasi dari novel Alergi Mamat Romantik karya Ezza Mysara. Drama ini bakal ditayangkan pada bulan Ramadan nanti selama 20 episod.

Terbitan Country and Universal Sdn Bhd, skrip Sofia Rhyland dan arahan Harris Fadzillah.

Drama Alergi Mamat Romantik

Para Pelakon

Zara Zya, Fadlan Hazim, Aprena Manrose, Syazwan Zulkifly, Jasper Supayah, Zera Hariz, Sazrin Aizul, Zalfa Zin, Puteri Khareeza, Zulkifli Ismail.


Sinopsis Alergi Mamat Romantik

Kisah Nurul Kaisara seorang penulis novel yang alergi dengan lelaki romantik. Kaisara merahsiakan identiti dia sebagai penulis novel.

Diugut oleh Arjuna peguam baru ditempat kerjanya, Kaisara terpaksa mengajar Arjuna untuk jadi lelaki romantik macam hero-hero novelnya kerana kononnya Arjuna nak jadi romantik untuk kekasihnya yang sedang belajar di luar negara.

Sambil belajar menjadi romantik, Arjuna cuba memikat Kaisara. Kaisara cuba menidakkan rasa yang mula muncul dalam hatinya.

Kaisara dan Arjuna akhirnya berkahwin dan ujian datang melanda. Tanpa kurniaan seorang anak, Kaisara merasakan dirinya kekurangan sehingga menyuruh suami berkahwin lain.

Gambar Pelakon