Sabtu, 28 Mac 2020

Cerekarama Pemuja Rahsia lakonan Hun Haqeem dan Intan Najuwa

Tonton cerekarama Sabtu ini, Pemuja Rahsia yang bersiaran pada jam 10 malam di TV3, 28/3/2020. Terbitan Zeel Production Sdn Bhd dan diarahkan oleh Riza Baharudin.

Cerekarama Pemuja Rahsia

Para Pelakon

Hun Haqeem, Intan Najuwa, Rita Rudaini, Haliza Misbun.




Sinopsis Pemuja Rahsia

Mengisahkan Adam seorang pelajar kolej yang kian popular. Dia baru menjuarai satu pertandingan debat antara kolej. Adam amat gemarkan sukan larian dan seringkali menyertai pelbagai marathon.

Hawa, gadis berusia sebaya dengan Adam dan jiran Adam. Hawa sudah lama menyukainya, dek kerana satu peristiwa 18 tahun lalu, keluarga Adam dan keluarganya berkelah bersama dan Adam telah menyelamatkan Hawa daripada lemas.

Bagi Hawa dia memang tercipta untuk Adam. Meskipun begitu, Hawa dan Adam tak pernah bercakap. Hawa seperti seorang gadis yang pelik dan janggal.