Selasa, 31 Mac 2020

Cerekarama Mimpi Sumi lakonan Redza Rosli dan Sazzy Falak

Saksikan telefilem Mimpi Suri yang bakal ditayangkan di slot Cerekarama TV3 pada Sabtu, 4 April 2020, jam 10 malam. Gandingan menarik lakonan Redza Rosli dan Sazzy Falak.

Terbitan Aquila Emas Sdn Bhd, skrip Abdul Nasir Abdul Khalil dan arahan Raja Mukhriz Raja Ahmad Kamarudin.

Cerekarama Mimpi Sumi

Para Pelakon

Sazzy Falak, Redza Rosli, Aryannya Alyssa Dezek, Melanie Tan, Zizan Nin.




Sinopsis Mimpi Suri

Keluarga baru Daniella cukup bahagia apabila anaknya Eyda dan suami barunya Asyar kelihatan serasi bersama. Tidak lama setelah menyambut ulangtahun perkahwinan pertama mereka, bekas suami Daniella, Haikal muncul kembali untuk menuntut hak lawatan terhadap anaknya.

Tragedi tiba-tiba melanda apabila pada suatu hari Eyda tergelincir dari tingkap banglo (ketika berseorangan di rumah) dan meninggal dunia. Siasatan menunjukkan bahawa ianya adalah akibat kemalangan.

Daniella bertarung untuk menghadapi situasi kehilangan anak tunggalnya. Tekanan yang diterimanya mengakibatkan dia kemurungan, mula berhalusinasi, mengalami episod-episod 'blackout' sehinggalah dia seperti cuba membunuh diri. Mujurlah Asyar cukup tenang, bersabar dan mencuba pelbagai usaha untuk memberikan kekuatan dan perangsang agar Daniella kembali pulih.