Selasa, 18 Februari 2020

Drama Pelindung Seorang Puteri lakonan Lisa Surihani dan Farid Kamil

Tonton drama Pelindung Seorang Puteri yang bakal ditayangkan pada 23 Mac 2020 di slot MegaDrama Astro Ria. Bersiaran setiap hari Isnin hingga Khamis jam 10 malam.

Drama ini merupakan adaptasi novel karya Mia Kiff, terbitan Suhan Movies & Trading dan arahan Yusry Abdul Halim.

Drama Pelindung Seorang Puteri

Para Pelakon

Lisa Surihani, Farid Kamil, Sharnaaz Ahmad, Haleeda Mazlin, Arash Mohd, Asyiqin Zaed, Hafidzuddin Fazil, Wan Nor Azlin, Zain Hamid, Haris Ismail, Juliana Evans, Jasmine Suraya, Norreen Iman, Farah Wahida, Faez Nick, Zainol Macwilson.


Sinopsis Pelindung Seorang Puteri

Mahunya tak terkejut, tiba-tiba muncul seorang lelaki menuntut janji nak berkahwin dengan dia? Katanya mereka pernah berjanji satu ketika dulu? Bila? Semasa kecil? Rose mana ingat? Melihat kesungguhan Saiful, akhirnya Rose terbuka hati menerima Saiful sebagai suami.

Selepas berkahwin, ibu mentua, Mak Dak Liza masih tetap membenci Rose atas satu punca yang dia sendiri bingung. Salahnya dicari dan aibnya dicanang.

Saiful pula, sentiasa membuatkan Rose tertekan dengan sikapnya yang aneh dan tak disangka-sangka. Sekejap penyayang, sekejap menyakitkan dan Rose cuba untuk bersabar.

Tak sangka, Saiful berahsia yang dia merupakan pesakit mental Obsessive-compulsive disorder (OCD) yang perlu bergantung pada ubat. Bagi Saiful, Rose penyembuh dan bagi emaknya, Rose punca. Adakah alasan itu menghalalkan kelukaan buat Rose atau Saiful cuma gunakan alasan sakit itu demi melindungi sisi jahatnya?

“Betapa aku derita mencintai seorang perempuan bernama Rose. Hanya satu cara untuk menghilangkan sakit yang aku rasa, kau harus mati! Kalau kau nak terus hidup, sentiasa sihatkan jiwa aku dengan kasih sayang kau.

Jangan sesekali buat sesuatu yang aku benci. Faham?” Muncul Hazril menjadi pelindung buat dirinya. Mampukah Rose menempuhi alam berumah tangga yang penuh onak duri ini atau Rose berundur akhirnya?

Bahagiakah Rose dengan jalan yang dipilih? Siapakah yang menjadi Pelindung Seorang Puteri?

Gambar Pelakon