Jumaat, 28 Februari 2020

Drama Dendam Cinta Arissa lakonan Atikah Suhaime, Fezrul Khan dan Hisyam Hamid

Terbaru drama bertajuk Dendam Cinta Arissa akan mula bersiaran pada 9 Mac 2020, setiap hari Isnin hingga Jumaat jam 7 malam di slot Drama Vaganza Astro Ria.


Drama ini merupakan terbitan syarikat produksi Radius One Sdn Bhd, skrip Eenaz Mokhtar dan arahan Shahrulezad Mohameddin dan Uchee Fukada.

Para Pelakon

Atikah Suhaime, Fezrul Khan, Hisyam Hamid, Arash Mohd, Nurlina Syafiqah Zakbah, Ruzana Ibrahim, Aidil Aziz, Shiqin Kamal, Putri Hanan, Noryati Taib, Dilla Ahmad.



Lagu Tema / OST

Retak - Han Byul

Sinopsis Dendam Cinta Arissa

Setelah lama bercinta, Zariman akhirnya melamar Arissa untuk menjadi isterinya dan mula membuat perancangan perkahwinan.

Arissa dilanda dilemma, takut sekiranya selepas dia berkahwin dan berpindah, Suraya tidak dapat menjaga nenek mereka (Saleha) dengan baik.

Sementara itu, Rafael dilanda kemelut rumahtangga apabila dia syak Diana curang dengan dia. Diana akhrinya mengaku yang dia curang dan meminta Rafael supaya lepaskan dia.

Perkahwinan Arissa dan Zariman musnah apabila Rafeal melanggar Zariman dan melarikan diri untuk mengejar isterinya. Ingin jujur pada Arissa namun Rafeael jatuh cinta dengan Arissa tanpa sengaja.

Gambar Pelakon

Drama Dendam Cinta Arissa