Jumaat, 27 Disember 2019

Drama Ironi Kasih lakonan Aqasha dan Fauziah Ahmad Daud

Mula bersiaran pada 2 April ini drama bersiri Ironi kasih yang ditayangkan di slot Akasia TV3. Diarahkan oleh Nazir Jamaluddin, skrip Mohd Shahremy Ikmal, Mama Bella dan merupakan terbitan produksi Wira Nusa Production Sdn Bhd.

Drama ini akan bersiaran selama 15 episod.

Drama Ironi Kasih

Para Pelakon

Fauziah Ahmad Daud, Aqasha, Intan Najuwa, Intan Ladyana, Fizz Fairuz, Isaac Iman, Afifah Nasir.



Sinopsis Drama Ironi Kasih

Kasih kehilangan dua orang tersayang dalam satu masa iaitu kakak dan emaknya. Menambahkan lagi tekanan, keluarga Kasih dihina setelah kakaknya itu meninggal dunia ketika dalam keadaan berbadan dua tanpa berkahwin manakala emaknya meninggal dunia kerana serangan jantung.

Johan yang playboy mula terpikat dengan Kasih, setelah kali pertama bertemu dengan wanita itu tetapi dia cuba buang perasaan itu kerana dirinya sudah berkahwin.

Danish yang berlari terlanggar Kasih, dan dua-dua jatuh terduduk. Kasih takut sebab terlanggar anak bos!

Gambar Pelakon