Rabu, 13 November 2019

Drama TQ Captain lakonan Hisyam Hamid dan Mawar Rashid

Akan bersiaran pada 9 Disember ini di slot MegaDrama saluran Astro Ria dan RiaHD drama adaptasi novel karya Qash Irdina bertajuk TQ Captain. Terbitan bersama Arie Zaharie Production dan Maritim Malaysia. Diarahkan oleh pengarah Jamal Khan (Khan Mancung).

Drama TQ Captain

Para Pelakon

Hisyam Hamid, Mawar Rashid, Mark Adam, Tomok, Raf Yaakob, Natrah Khalid, Fadhli Masoot, Harris Annuar, Muntazar Ghani, Fateha Khai, Jalaluddin Hassan, Safura Ya'cob.



Sinopsis Drama TQ Captain

Mengisahkan tentang seorang wartawan terkenal, Mikayla Mirza yang mempunyai iltizam tinggi dalam melaksanakan tugasannya. Mikayla yang asalnya merupakan seorang wartawan hiburan mempunyai sikap pantang dicabar dan ego yang tinggi.

Dia telah dicabar oleh majikannya untuk membuat satu liputan khas dokumentari berkaitan Maritim Malaysia yang merupakan sebuah agensi yang berperanan dalam menguatkuasakan undang-undang serta melakukan tugas mencari dan menyelamat di laut.

Ketika Mikayla menjalankan tugasannya, menemukan dirinya dengan Leftenan Komander Maritim Adam Alauddin, seorang Pegawai Memerintah kapal KM Bagan Datuk.

Versi novel. Mikayla Mirza atau Double M, si cantik jelita yang workaholic, aktif dan terkenal kerana kelincahan dan kepetahannya di hadapan kamera. Misinya menjadi kaya dan terkenal seperti Oprah Winfrey. Namun, realiti itu tidak seindah Instagram. Kerjanya bertimbun-timbun sehinggakan ibunya sering memetir di hujung talian memintanya agar selalu pulang ke kampung halamannya di Cameron Highlands.

Insiden pertama dan memalukan menemukan dia dengan Kapten Dihya’, mat perang kacak bergaya di RnR. Tidak cukup dengan insiden itu, mat perang itu juga menjadi hero menyelamatkannya. Cerita masam manis Mikayla dan Kapten Dihya’ berlarutan hingga ke Sungai Palas, Cameron Highlands. Semanis-manis aiskrim strawberi, manis lagi memori sewaktu mereka berdua sepanjang di kampung halaman Mikayla.

“Kerja nombor satu. Awak nombor dua.”- Kapten Dihya’

Amboi, padu betul ayat dia!

“Lupakan saja. Selagi kerja awak nombor satu.”- Mikayla

Ayat orang tak nak kalah.

Mikayla menjunjung ego. Kapten Dihya’ angkat kaki. Masa itu, baru kenal erti rindu. Oleh kerana bumi ini bentuknya sfera, mereka asyik sahaja bertemu. Bercakar belum lagi, cuma bertikam lidah. Sekejap sayang, esok membenci. Tapi bila rindu, seorang asyik tengok WhatsApp sambil menangis tak berlagu, seorang lagi tiup seruling lagu Kamelia. Masuk angin keluar asap!

“Don’t you dare challenge me, Dihya’. Just because that I confessed my own feelings towards you lately, you buat I rasa macam perempuan murah. Go to hell with your pride and concern.” – Mikayla

“Pasal Mikayla, aku memang sayang kat dia. Cuma perasaan sayang ni aku serahkan kepada Allah. Apa yang kita sayang, biar Allah yang jaga.”- Kapten Dihya’

Ada rahsia yang perlu dibongkar. Kerana selagi itu, cinta antara Mikayla dan Kapten Dihya’ tidak akan bersatu sampai bila-bila. Tapi, siapakah yang akan membongkarkan rahsia itu? Bersatukah dua jiwa itu akhirnya?

Gambar Pelakon




Jangan lupa saksikan drama TQ Captain ini yang dijangka akan ditayangkan pada bulan hadapan.