Isnin, 14 Oktober 2019

Telefilem Penaklukan Syaitan lakonan Ben Amir dan Mawar Rashid

Saksikan telefilem bertajuk Penaklukan Syaitan lakonan Ben Amir dan Mawar Rashid yang akan ditayangkan pada 19 October 2019, jam 9 malam di Astro Citra dan Citra HD. Terbitan syarikat Juita Viden, skrip Rehal Nuharis dan arahan pengarah Michael Ang.

Telefilem Penaklukan Syaitan

Para Pelakon

Ben Amir, Mawar Rashid, Sharifah Shahora, Nadya Syahera, Norlia Ghani, Alif Muhaimin dan ramai lagi.



Video Promo


Sinopsis Penaklukan Syaitan

Khairul menyimpan seribu satu rahsia tentang masa lampaunya. Tetapi keadaan memaksa dia pulang ke kampung halaman bersama isterinya, Miza. Yang menanti mereka di sana hanya perit dan gangguan syaitan.