Rabu, 9 Oktober 2019

Peserta Maharaja Lawak Mega 2019

Program Maharaja Lawak Mega 2019 akan membuka tirainya pada 1 November nanti. Menariknya, edisi MLM kali ini akan membawakan satu episod istimewa, MLM 2019 – Kerusi Panas atau Hot Seat yang akan bersiaran seminggu lebih awal, pada 25 Oktober ini.

Peserta Maharaja Lawak Mega 2019

Bagi MLM2019 Kerusi Panas akan dihoskan oleh pengacara sensasi Nabil Ahmad dan membawa pengarah tersohor Sabri Yunus, pelakon wanita popular Fasha Sandha dan produser filem David Teo sebagai juri untuk mengadili persembahan peserta.


Peserta Maharaja Lawak Mega 219
  1. J-Born
  2. Bocey
  3. Zero
  4. Puteh
  5. Jambus
  6. Rare
  7. Rojak
  8. Stone
  9. Rahmat (Indonesia)
  10. Popon (Indonesia)
  11. Cali (Brunei)

Turut menarik perhatian ialah, kehadiran pelawak Mamat Sepah sebagai peserta dalam MLM 2019, yang memilih untuk bergandingan bersama Azlee Senario dan Acong membentuk kumpulan Stone.

Sudah tentu aksi Mamat paling dinanti-nanti peminat kerana sudah lama tidak beraksi di mana-mana program seumpama ini.

Mamat ketika ditemui Gempak berkata, dia tidak berfikir panjang untuk menerima tawaran menyertai MLM 2019 kerana berasakan sudah tiba masa untuk dia kembali menggegarkan insdustri lawak Malaysia.

“Saya tidak mengambil masa yang lama untuk bersetuju kerana saya sendiri rindukan MLM. Orang kata, tempat jatuh lagikan dikenang.

“Saya harap kehadiran saya dalam MLM 2019 ini akan mengubati rindu saya terhadap lawak dan diterima oleh penonton,” katanya kepada Gempak.

Selain Mamat, juara musim pertama Muzikal Lawak Superstar, kumpulan J-Born menyahut cabaran sertai gelanggang berapi MLM 2019.

Peserta lain yang bakal berentap dalam MLM 2019 ialah dua peserta solo dari Indonesia iaitu Rahmat dan Popon, Cali peserta berkumpulan dari Brunei, Bocey, Zero, Puteh, Jambus, Rare dan Rojak.

MLM 2019 akan bersiaran selama 11 minggu secara langsung di Astro Warna (saluran 132), Warna HD (saluran 124) dan boleh distrim melalui platform Astro GO dan On Demand untuk pilihan lebih fleksibel.

Program ini akan bersiaran secara langsung dari Royal Theater, Shah Alam. Pengacara tersohor dan versatil tanah air, Datuk AC Mizal juga bakal menggalas tugas hos MLM 2019 buat kali kelapan.