Sempena 31 Ogos sambutan hari kemerdekaan, Astro Citra membawakan telefilem bertajuk Matahari. Ditayangkan pada hari Sabtu jam 8 malam dan ulangannya pada Selasa, 3 Septembar 2019 atau juga boleh ditonton di On Demand.
Diarahkan oleh Jalil Hamid, skrip Rahhiemie Alias dan Terbitan Arie Zaharie Production Sdn Bhd & Iskaf Malaysia.
Para Pelakon
Wan Raja, Kodi Rasheed, Jalil Hamid, Mak Jah, Maimunah Ahmad, Asnal Jas, Hana Piah, Datuk Hazri Nordin, Marlin Brando, Zainorhisyam Samudin, Norhaliza dan ramai lagi.
Lagu Latar
Pastel - Nastia, Xpresi - Nastia, Kisah Kita - Nastia, Malam - Kopratasa.
Sinopsis Telefilem Matahari
Fauzi seorang guru yang telah dihantar untuk berkhidmat di Sabah. Di sana dia telah berkenalan dengan seorang novelis yang sedang mengalami masalah 'writer's block' iaitu Yazid.