Khamis, 26 September 2019

Peserta Gegar Vaganza 2019 musim keenam (GV6)

Gegar Vaganza 2019 musim keenam (GV6) akan mula bersiaran pada 13 Oktober 2019, setiap Ahad jam 9 malam di saluran Astro Ria. Memecahkan kebuntuan ramai, senarai peserta rancangan realiti hiburan paling popular Gegar Vaganza musim keenam (GV6) akhirnya diumumkan sebentar tadi.

Peserta Gegar Vaganza 2019

Peserta Gegar Vaganza 2019 musim keenam (GV6)

  1. Wann
  2. Noorshila Amin
  3. Naqiu (Boboy)
  4. Hady Mirza
  5. Feeza
  6. Nur Fatimah
  7. Roy
  8. Jat Ali Black Dog Bone
  9. One Nation Emcees - Mimi Fly, Jojo Fly, Kozae, Sabhi Saddi
  10. Sham Visa
  11. Mazleela (Tersingkir minggu 2) 
  12. Amir Sofarzr (Tersingkir minggu 3)
  13. Kool - Hairie & Riot (Tersingkir minggu 4)



Video Peserta GV2019


Senarai itu diumumkan dalam satu sidang media yang berlangsung di The Gardens Theatre, Mid Valley Kuala Lumpur pada Selasa.

GV6 akan bersiaran selama lapan minggu bermula 13 Oktober secara langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Ia akan disiarkan secara langsung di saluran Astro Ria (104), Ria HD (123) dan Astro GO setiap Ahad pukul 9 malam.

Untuk rekod, GV musim pertama telah dimenangi oleh Ayai (Ilusi) dan diikuti Siti Nordiana (GV2), Azharina (GV3), Aishah (GV4) dan Noryn Aziz (GV5). - Astro Gempak.

Promo Hos GV2019