Isnin, 23 September 2019

Drama Chandra Nandini lakonan Rajat Tokas dan Shweta Basu Prasad di TV3

Chandra Nandini adalah drama bersiri India yang telah ditayangkan di stesen saluran Star Plus pada 10 Oktober 2016 yang lalu. Di Malaysia drama ini mula ditayangkan pada 17 September 2019 di TV3 pada setiap hari Isnin hingga Khamis jam 4 petang.

Drama Chandra Nandini

Diterbitkan oleh Ekta Kapoor di bawah syarikatnya Balaji Telefilms dan diarahkan oleh Ranjan Kumar Singh.

Dibintangi oleh Rajat Tokas sebagai Chandragupta Maurya dan Shweta Basu Prasad sebagai Nandini, alur ceritanya berdasarkan pada kehidupan Chandragupta Maurya.




Sinopsis Chandra Nandini

Berkisar tentang kehidupan seorang pemuda yang bernama Chandragupta iaitu pengasas empayar Maurya. Drama ini mengisahkan kisah cintanya dengan seorang puteri bernama Nandini, anak kepada musuh yang paling dia benci.