Isnin, 9 September 2019

Drama Adellea Sofea lakonan Ungku Ismail Aziz dan Mira Filzah

Akan datang di slot Akasia TV3, drama Adellea Sofea yang mungkin akan ditayangkan pada bulan Disember nanti. Gandingan pelakon Ungku Ismail Aziz dan Mira Filzah.

Drama Adellea Sofea

Sinopsis Drama Adellea Sofea

Adellea Sofea adalah seorang gadis yang baik dan solehah. Kemudian bertemu dan jatuh cinta dengan sorang jejaka bernama Firdaus. Lelaki yang dianggap akan memberikan 1001 kebahagian dan memanisan dalam hidupnya.


Mereka kemudian berkahwin dan bahagia. Namun segalanya berubah bila rahsia disimpan oleh Firdaus selama ini terbongkar. Firdaus rupa-rupanya seorang penagih dadah.

Kehidupan Adellea Sofea bagai dipanah petir dan serba serbi tidak kena. Rumahtangga yang bahagia mula berantakan. Kemuncaknya Firdaus ditangkap dan didakwa atas tuduhan cubaan membunuh isterinya sendiri, Adellea Sofea.

Mampukan cinta Adellea Sofea bertahan untuk sang suami? Dan mampuhkah Firdaus berubah demi cinta sang isteri? Benarkah Firdaus itu cuba membunuh Adellea atau sebab lain?

Gambar Pelakon




Saksikan kesudahan drama Adellea Sofea ini yang akan bersiaran di slot Akasia TV3 nanti.