Rabu, 11 September 2019

Cerekarama Tilam Lama Tukar Baru lakonan Indah Emeerlda dan Duerra Mitilda

Saksikan Sabtu ini telefilem komedi kanak-kanak bertajuk Tilam Lama Tukar Baru di slot Cerekarama TV3, pada 14 September jam 9:30 malam. Terbitan syarikat produksi ZK Creative Sdn Bhd.

Cerekarama Tilam Lama Tukar Baru

Para Pelakon

Indah Emeerlda, Duerra Mitilda, Habiel Lutfillah, Roger Shak, Krishvin, Amar Asyraf, Idris Mat Diah.



Sinopsis Cerekarama Tilam Lama Tukar Baru

Lima sahabat baik, Aiman, Nuara, Tiara, Ramu dan Stanley menjumpai tilam lama yang ditinggalkan oleh pemandu lori dan menariknya, ada duit yang banyak tersorok dalam tilam dan terselit sepucuk surat.