Ahad, 4 Ogos 2019

Telefilem Demi Tuhan Aku Bersaksi lakonan Syafie Naswip dan Fezrul Khan

Dalam beberapa hari lepas admin ada lihat post-post di instagram mengenai telefilem ini. Post tersebut dimuat naik oleh para pelakon dan penerbit. Tujuannya untuk menjawab kepada mereka yang tidak bersetuju untuk disiarkan di TV. Ini kerana mereka berpendapat telefilem ini seolah-olah menghina institusi sekolah tahfiz yang ada di Malaysia.

Saksikan telefilem Demi Tuhan Aku Bersaksi yang akan ditayangkan di TV1. Terbitan produksi Prokuya Studios dan arahan pengarah Eyra Rahman.


Para Pelakon

Syafie Naswip, Fezrul Khan, Ismail Yaacob, Taiyuddin Bakar, Melanie Tan, Sheila Mambo, Aman Graseka dan ramai lagi.

Sinopsis Demi Tuhan Aku Bersaksi

Telefilem tersebut mengisahkan tentang seorang maknyah yang ingin kembali ke pangkal jalan dan kembali bertaubat serta mendalami ilmu agama.

Dalam telefilem tersebut watak maknyah yang dilakonkan oleh Syafie Naswip membuat keputusan masuk ke pusat tahfiz. Namun, ketika di pusat tahfiz, dia dihina dan dikeji sebagai pengikut Kaum Luth.

Gambar Pelakon