Rabu, 17 Julai 2019

Telefilem Budok Kuba lakonan Syukor Khamis dan Fizz Fairuz

Sabtu ini Citra Eksklusif membawakan telefilem Budok Kuba yang kisahnya pernah viral di media. Akan disiarkan pada 20 Julai 2019, Sabtu jam 9 malam di saluran Astro Citra. Arahan pengarah Hashim Rejab, skrip Josidek dan terbitan produksi Arie Zaharie Production.

Telefilem Budok Kuba

Para Pelakon

Syukor Khamis, Fizz Fairuz, Wan Hanafi Su, Emelda Rosemila, Kamaliah Mat Dom, Sarah Dawud dan ramai lagi.



Sinopsis Budok Kuba

Setelah ibunya diceraikan, Amar membesar di kampung bersama haiwan ternakan datuknya. Dia senang dan seronok di sana, sehinggalah bapanya muncul kembali untuk membawa Amar tinggal di bandar.

Sebuah konflik keluarga keluarga tentang nilai kasih sayang yang menyaksikan perhubungan sesama manusia tiada ertinya jika tanpa kasih sayang, sebaliknya kasih sayang antara manusia dan haiwan mampu mengatasinya.

Ammar memilih Kuba sebagai tempat mengadu dan bersahabat bagi mengisi kekosongan dirinya. Namun keluarga memilih untuk memisahkan mereka.