Isnin, 15 Julai 2019

Program Rialisasi Job Selebriti mula 16 Julai ini di Astro Ria

Program terbaru di Astro Ria, Rialisasi Job Selebriti yang akan mula bersiaran pada 16 Julai 2019, setiap Selasa jam 11 malam.

Program realiti yang menampilkan seorang selebriti setiap 1 episod melakukan satu pekerjaan idaman yang mereka tidak pernah terfikir dapat melakukannya semenjak sudah bergelar sebagai seorang selebriti.




Episod 6
Saksikan Sarah Suhairi melaksanakan pekerjaan sebagai seorang Pastry Chef.

Episod 5
Saksikan Ismail Izzani melaksanakan pekerjaan idamannya sebagai seorang 'barber'.

Episod 4
Saksikan Marsha melaksanakan pekerjaan sebagai seorang Chinese Cuisine Chef.

Episod 3
Saksikan Mark Adam melaksanakan pekerjaan idamannya sebagai seorang pengusaha kafe.

Episod 2
Saksikan Siti Nordiana melaksanakan pekerjaan sebagai seorang pereka dalaman.

Episod 1
Saksikan Sherry Al Hadad melaksanakan pekerjaan idamannya sebagai seorang pramugari. Penonton berpeluang menyaksikan selebriti kesayangan mereka melakukan kerja yang tidak berkaitan dengan karier asalnya.