Rabu, 26 Jun 2019

Cerekarama Kau Langit Aku Laut lakonan Izzue Islam dan Azira Shafinaz

Cerekarama minggu ini membawakan telefilem bertajuk Kau Langit Aku Laut. Bersiaran pada 29 Jun 2019 jam 10 malam di TV3. Terbitan syarikat produksi FJ Pictures Sdn Bhd, skrip Mahizan Husain, dan pengarah Feroz Kader.

Cerekarama Kau Langit Aku Laut

Para Pelakon

Izzue Islam, Azira Shafinaz, Aman Graseka dan ramai lagi.



Sinopsis Kau Langit Aku Laut

Anas seorang bekas ketua gengter. Dia telah menjalani hukuman penjara selama 7 tahun atas kesalahan merompak. Setelah dibebaskan, Anas masih dicari oleh saki baki gengnya yang masih mahu Anas kembali menjadi ketua mereka.

Mereka sedang merancang rompakan yang lebih besar. Anas tak mahu lagi mempertaruhkan hidupnya sebagai penjenayah. Dia mengambil keputusan untuk pergi ke rumah pakciknya di sebuah kampung nelayan. Di situ, Anas ingin memulakan hidup baru.

Penjara telah membuatkan Anas memikirkan semula tentang masa mudanya yang selama ini banyak dihabiskan di jalan kejahatan. Anas begitu kesal mengingati segala pengorbanan ibunya yang bersusah payah membesarkannya sebagai ibu tunggal dan kemudian maut dalam kemalangan. Anas sedih kerana dia tak pernah membuatkan ibunya bahagia.

Anas nekad untuk berubah. Pakciknya menerima Anas dengan baik. Anas ikut pak ciknya ke laut dan belajar menjadi nelayan.

Gambar Pelakon