Khamis, 8 Ogos 2019

Jadual pembayaran BSH 2019 Bantuan Sara Hidup Rakyat

Hi salam semua, sekarang masuk bulan Ogos 2019, seperti apa yang dijadualkan pembayaran BSH 2019 Fasa 3 akan dibuat pada bulan ini. Dijangkan pada hujung bulan iaitu 25-31hb, saya rasa mungkin 28 haribulan kot.

Berikut merupakan informasi yang berkaitan dengan BSH 2019. Jadual pembayaran BSH 2019, tarikh bayaran, kategori jumlah bantuan, syarat kelayakkan dan cara pembayaran.

Jadual pembayaran BSH 2019


Tarikh pembayaran BSH 2019 Bantuan Sara Hidup Rakyat

Tarikh Pembayaran BSH 2019 Bantuan Sara Hidup Rakyat

Fasa 1
28 Januari 2019
Jumlah RM300

Fasa 2
28 Mei 2019
Jumalah RM300

Fasa 3
Bulan Ogos 2019
Jumlah RM400

Kategori Bujang
Tarikh 28 Mac 2019
Bantuan RM100


Kategori Jumlah Bantuan dan Syarat Kelayakan BSH 2019

Isi Rumah 1
Berpendapatan kasar bulanan RM2,000 dan kebawah
Jumlah bantuan RM1,000

Isi Rumah 2
Berpendapatan kasar bulanan RM2,001 hingga RM3,000 (termasuk warga emas)
Jumlah bantuan RM1,000

Isi Rumah 3
Berpendapatan kasar bulanan RM3,001 hingga RM4,000 (termasuk warga emas)
Jumlah bantuan RM500

RM120 / Anak
Bagi setiap anak yang berumur 18 tahun ke bawah
Tiada had umur untuk anak OKU
Terhad kepada 4 orang sahaja

Sumber: https://bsh.hasil.gov.my

Penerima BSH bagi tahun lepas akan terus menerima agihan ini kerana pembayaran fasa pertama akan menggunakan data pemohon dan kaedah bagi tahu terdahulu.

Pembayaran bagi fasa kedua dan ketiga pula akan mengguna pakai syarat kelayakan terkini yang akan diumumkan setelah proses penapisan tamat.

Bagi yang tidak layak, anda boleh membuat permohonan rayuan bermula 1 Julai hingga 15 Ogos di mana-mana cawangan LHDN.

Tarikh akhir permohonan rayuan adalah pada 15 Ogos 2019.

Cara Pengkreditan Duit BSH 2019
Duit BSH 2019 akan masuk dalam akaun bank penerima dan kaedah kedua melaui Baucar

Cara Buat Semakan Status Permohonan dan Kemaskini
Melaui cara online di https://www.mysumber.com/semakan-bshr.html atau menghubungi talian bantuan berikut
1800-88-2747 (LHDNM) atau 03-8882 4565 / 4566 (Kementerian Kewangan) atau pun email bsh@treasury.gov.my

Keputusan permohonan juga akan dimaklumkan melalui surat jawapan yang akan diposkan ke alamat kediaman seperti terdapat dalam rekod pemohon.

Diharap artikel mengenai Tarikh Pembayaran BSH 2019 Bantuan Sara Hidup Rakyat ini sedikit sebanyak dalam memberi maklumat kepada semua.